← Kembali ke SmartTap

Maklumat penggunaan

SmartTap membantu menyediakan halaman pautan perniagaan. Hasil carian ialah cadangan; semak perniagaan, cawangan, logo dan setiap destinasi sebelum berkongsi.

Gunakan hanya logo dan bahan yang anda berhak gunakan. Pautan sosial dicadangkan daripada carian Google dan laman rasmi dan mungkin belum lengkap. Halaman yang menyekat bacaan automatik atau memerlukan log masuk tidak dibaca.

Halaman baharu menggunakan URL pendek yang disimpan di pelayan. Super admin boleh menyunting rekod, manakala pemilik Gmail yang berdaftar boleh menyunting halaman aktif miliknya pada URL yang sama tanpa menggantikan QR atau tulisan NFC pelanggan. Buka semula atau muat semula halaman untuk melihat suntingan terkini. Menjana semula melalui borang pencipta boleh menghasilkan URL baharu; simpan URL yang sudah dicetak dan uruskannya melalui panel admin atau halaman suntingan pelanggan. Hanya super admin boleh mendaftarkan atau menukar Gmail pemilik. Gmail yang belum didaftarkan tidak mendapat akses kepada halaman.

Fungsi Google Maps Platform tertakluk kepada Google Maps Platform Terms of Service dan Google Terms of Service. Lihat juga maklumat privasi SmartTap.

Pakej dan pembaharuan

Google Review NFC + QR: RM100 untuk langganan pertama, termasuk 1 NFC dan halaman QR SmartTap selama 12 bulan. Google Review NFC sahaja: RM70 sekali bayar untuk 1 unit, tanpa halaman QR SmartTap. Renew halaman QR selepas langganan pertama: RM30 untuk 12 bulan. Tiada pilihan bayaran bulanan.

NFC tambahan: RM30/unit. NFC table sticker: RM20/unit untuk 1–19 unit; RM15/unit bagi semua unit apabila kuantiti pembelian mencapai 20 unit atau lebih. Harga produk tidak termasuk penghantaran; urus penghantaran serta cajnya secara berasingan dengan super admin. Gambar sticker ialah contoh produk; penyediaan dan pemprograman NFC diurus oleh admin.

Bayaran DuitNow disemak secara manual berdasarkan wang yang benar-benar diterima. Menghantar rujukan transaksi belum mengesahkan bayaran. Langganan pertama bermula selepas pengesahan admin. Renew sebelum tamat menambah 12 bulan dari tarikh tamat semasa; renew selepas tamat bermula dari pengesahan bayaran. QR dan URL pendek halaman dikekalkan.

Halaman yang tamat langganan tidak memaparkan maklumat awam sehingga bayaran renew disahkan. Nyahaktif oleh admin kekal berkuat kuasa sehingga admin mengaktifkannya semula, walaupun bayaran telah disahkan. NFC yang diprogram terus ke Google Review tidak bergantung pada langganan halaman SmartTap. Kawalan nyahaktif atau padam halaman SmartTap tidak memadam data pada kad atau pelekat NFC fizikal.